Kali ini Admin akan menunjukkan cara2 untuk menginstall Raspbian OS untuk board Raspberry Pi. Untuk proses installation ini, hardware/perkakas yg diperlukan ialah :-
1) SD card (min 2 GB)
2) Linux OS komputer (tutorial ini menggunakan Ubuntu 14.04 LTS)
3) SD card reader (jika laptop anda tidak mempunyai SD card reader slot)
Admin akan teruskan dgn cara2 menginstall Raspbian OS. Sila ikut step2 dibawah:-
1) Download Raspbian OS image (dalam .zip file) di web site ini
Bagi yang menggunakan command line, boleh lah download Raspbian image menggunakan command seperti di bawah:-
# wget http://downloads.raspberrypi.org/raspbian_latest
2) Masukkan SD Card ke dalam SD card slot laptop/komputer
3) Di Linux terminal, run fdisk -l command untuk mengenal pasti nama SD card. Komputer Admin mengenal pasti SD card sebagai /dev/sdc..
4) Setelah mengenal pasti nama SD card di Linux, gunakan command unzip untuk meng'unzip' .zip image yang telah di download di step 1).
5) Menggunakan dd command, copy .img yang terhasil ke dalam SD card. Proses ini mengambil masa agak lama, bergantung kepada CPU komputer. Admin mengambil masa hampir sejam untuk proses ini.
# dd if=<image file> of=<SD card name> bs=4M